Monday, January 25, 2010

Impak propaganda dan konspirasi media


adakah bohong semata-mata?

Media memainkan peranan penting sebagai pembawa berita bencana,atas angin mahupun konspirasi untuk menyokong atau menolak kerajaan pada umumnya.Permainan mereka berbentuk politik untuk menutup-matikan mata,telinga dan mulut masyarakat.Seorang kawan bercerita tentang kehebatan Polis Dialah Raja Malaysia(PDRM) mengesan penjenayah.Seorang lagi teman mengatakan mereka hebat disebabkan faktor-faktor tenaga para pengamal paranormal dalam mengesan dadah,penculikan dan sebagainya.Mana mungkin polis dapat mengesan headquarter perompak yang pergi dan pulang merompak menggunakan perkhidmatan bas awam.Kritis bukan mereka ini?

Seorang lagi menghujahkan tentang kehilangan Sharlinie sebagai satu ciptaan atau konspirasi kerajaan untuk mengalih pandang dari kes pembunuhan Altantuya kerjaan Najib.Cuba kalian cari semula suratkhabar tentang hari pertama berita Altantuya dibunuh,esoknya dinyatakan keluar pula berita kehilangan Sharlinie.Sedangkan kanak-kanak yang hilang sebelum kes Sharlinie telah dijumpai sedangkan kes Sharlinie diam dimakan hari.Mana perginya pengamal-pengamal paranormal terhebat yang mampu mengesan seperti mana mereka mengesan kanak-kanak lain?

Kita juga dikejutkan dengan berita penularaan wabak H1N1 gelombang kedua.Yang lebih mengejutkan minyak mentah dunia melambung tinggi seperti terdapat konspirasi dalaman.Mungkin dengan menaikkan harga minyak mentah dunia,kebanyakan daripada kita akan mula menggunakan perkhidmatan kenderaan awam dan dengan ini lebih mudah wabak ini menular disebabkan kesesakan di tempat awam yang berisiko tinggi.Terpulang kepada kalian untuk mempercayai medium-medium dusta ini.

Mungkin salah tafsiranmu itu.

5 comments:

  1. Haha... menarik bagaimana anda memanipulasi ayat2 penyata di muka akhbar... Cool2..

    ReplyDelete
  2. wow..musang nk jd reporter ke?journalist pn boley owh

    ReplyDelete
  3. ayat penyata atau tidak, ingin menjadi reporter atau tidak. yg ditegaskan, sejauh mana kita sedar tentang ape yg berlaku disebalik kehidupan harian kita. sensitif kah kita dengan perkara2 yg perlu difikir diluar kotak yg sedia ada? dan bila ada orang2 muda yg mempersoalkan,golongan tua pula akan menjawap. "korg belum cukup makan garam". sucks~

    ReplyDelete
  4. aku setuju dengan seadot.apa saja yg aku cuba bentangkan,pasti golongan tua akan berkata sesuatu yg menyakitkan hati.aku akan tggu bila tua,adakah ini satu penyakit klise yg dihadapi setiap orang tua?pusing2..

    ReplyDelete
  5. nko mungkin akan menghidap kencing manis ble tua :D

    ReplyDelete