Tuesday, February 9, 2010

Perjuangan membabi buta


perjuangan Umno mirip Ku Klux Klan?

Hari sabtu yang sangat membosankan tidak seperti minggu-minggu lain.Aku duduk di dalam dewan kuliah bermula pada pukul 9 pagi mendengar hujah-hujah tentang kemunduran bangsa melayu di sebuah universiti tempatan.

Salah satu pertanyaan si penceramah adalah “Siapa kat sini yang sokong kuota kemasukan bangsa lain untuk masuk universiti ini?.Keadaan sunyi seketika kemudian hanya aku seorang sahaja yang mengangkat tangan.Hampir semua pelajar didalam dewan kuliah itu memalingkan muka tidak ada serinya terhadap aku.Sebahagian kenalan pula mengeluarkan bunyian “booo..” yang agak tidak selesa aku dengar.Aku hanya berdiam seribu bahasa dan penceramah itu meneruskan hujah beliau yang sebenarnya kita(bangsa melayu) perlu jaga hak kita.

Setelah selesai ceramah, tiba masa untuk mengajukan soalan.Aku mengangkat tangan sekali lagi dan bertanyakan “Apa pendapat encik tentang isu ketuanan melayu yang diajukan oleh parti pembangkang terhadap UMNO?”.
Sangat menyedihkan apabila pelajar di dalam dewan yang mengukir riak muka seakan tidak berpuas hati terhadap aku sebentar tadi terpinga-pinga apakah itu ketuanan melayu.

Tanya diri sendiri sejauh mana kalian perjuangkan hak orang melayu.Apa yang kalian faham tentang ketuanan melayu dan akta 153 yang menjaga hak bumiputra?

Usah perjuangkan sesuatu secara membabi buta sahaja tetapi masih kabur dengan perjuangan yang ingin kalian lakukan.Aku juga pernah melakukan kesilapan yang sama dan kerana itu jugalah aku menulis tentang perkara ini.

Apa yang kalian perjuangkan?

Mungkin Salah Tafsiranmu Itu

No comments:

Post a Comment