Wednesday, February 24, 2010

Merpati itu

Photobucket

Merpati itu
Dijaga rapi
Juga disayangi
Oleh tuannya
Yang sangat dia cintai

Tetapi
Merpati itu hidup
Di dalam sangkar
Tidak dibenarkan keluar

Merpati dan Tuannya
Jarang berjumpa
Kerana keadaan terpaksa
Menjauhkan mereka berdua

Merpati itu
Mahu keluar
Mahu mengenal dunia
Seperti merpati-merpati lain

Dengan rela
Tuannya membebaskan
Merpati itu
Dari sangkarnya

Walaupun Tuannya tahu
Merpati yang bebas
Tidak mungkin
Akan terbang pulang
Ke sangkarnya semula

Semoga merpati itu
Menemui
Merpati Dua Sejolinya
Di luar sana

No comments:

Post a Comment