Wednesday, February 24, 2010

Kau yang pilih

Sepurnama sudah
Si merpati bebas
Di ruang angkasa
Jauh dari sangkar
Jauh dari si tuan empunya

Satu hari yang tidak diduga
Tuan terjumpa si merpati
Akibat serangan helang
Tercedera di kaki

Si merpati merayu
Agar si tuan tadi membantunya
Tuan itu tersenyum
Sambil mendekatinya

Kau pilih untuk terbang bebas
Kau pilih untuk mengenali dunia
Kau juga pilih untuk meninggalkan aku

Usah kau merayu
Usah kau pilih untuk pulang
Teruskan hidupmu tanpaku

Kerana dengan cara ini
Kau akan belajar
menghargai sesuatu

No comments:

Post a Comment