Saturday, May 8, 2010
Untuk Mamaku
Bila aku kena penampar dengan guru besar
Sebab conteng dinding sekolah agama
Mama menyebelahi aku
Bila baju aku kotor
Sebab main longkang
Mama basuh baju aku
Bila tangan aku melecur
Sebab perasaan ingin tahu tentang lampu kalimantang
Mama letak minyak gamat pada tangan aku
Bila aku kena gantung sekolah
Sebab merokok dan pukul pondan sampai pengsan
Mama tak marah aku
Bila aku nak kena bar
Sebab banyak ponteng kuliah
Mama berdoa depan Kaabah untuk aku
Mama selalu menangis kerana aku
Mama pernah dipandang serong kerana aku
Mama tak pernah merungut dapat anak hiper-aktif macam aku
Dan kerana itu,
Aku dedikasikan Selamat Hari Ibu
Untuk Mamaku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
T.T
ReplyDeleteOh-oh... andai beliau mebaca-nye tentu terharu....
n juga mungkin bru teringat serta trsedar akan ke-LIAR-an anaknye selama ini... Haha.. selamat brhiper-aktif...
~oh-oh last paper...
chett.sekarang dah matang.mana ada hiper aktif lg.kan?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete