terima kasih
kerana menyuluh jalan diwaktu-waktu gelap
supaya aku tahu
dunia sebenar dipenuhi kapitalis pelahap
terima kasih
atas rompakan secara radikal
supaya aku tahu
harta duniawi tidak akan kekal
terima kasih
atas penggantungan persekolahan
supaya aku tahu
bergaduh itu tiada penyelesaian
terima kasih
atas penciptaan hubungan badan
supaya aku tahu
ia sebagai tujuan pembiakan
bukan sekadar nafsu serakahan
terima kasih
kerana menarik nyawa makhluk di depanku
supaya aku tahu
esok lusa pasti giliranku
terima kasih
atas pemergian bungaan di hati
supaya aku tahu
erti cinta perlu ikhlas dan suci
terima kasih
atas penurunan al masih
supaya aku tahu
kepada siapa patutku berterima kasih
Friday, March 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jadi, sembahlah aku!!!! yeahhh!!!!
ReplyDeleteak ske yg ni dowh..two thumbs up !! :P
ReplyDeletekau suka?bagus2..
ReplyDelete