Sunday, September 26, 2010

Mimpi I

Melarikan diri dari sekumpulan askar bertemankan AK-47 sebagai pertahanan diri.Satu demi satu askar-askar itu tumbang dimakan dek peluru gedang 15mm.Sedar akan kejahatan diri, otak seakan buntu tidak tahu hala tuju untuk melepaskan diri.Tidak pandai berenang, tetapi mengambil risiko untuk lompat ke dalam tasik bervolume tinggi.

Skrin menjadi hitam sebentar.

Terjaga semula, pelbagai persoalan timbul.
"Siapa yang diusung keluar dari tasik itu?"
"Mengapa ibu menangis meratap kematian lelaki itu?"

Berlari ke arah ibu,memanggil-manggil tetapi tiada tindak balas.Seakan diri tidak wujud sama sekali.

Melutut dihadapan ayah tetapi tidak diendahkan.Terlalu berdosakah sehingga tidak diendahkan kedua-dua orang tua?

Dua orang berkot dan bertopi datang dan menepuk bahu sambil berkata,

Lelaki berkot A :Kau bukan di alam mereka lagi,kau sama seperti kami.

Lelaki berkot B :Kita punya dosa yang sama sehingga tidak diterima bumi.

Pemuda :Hah,apa dosa kalian sehingga jadi begini?

Lelaki berkot B :Dikehendaki polis kerana menyembunyikan sesuatu milik kerajaan.Mengebom diri supaya informasi tidak sampai kepada polis.
Lelaki berkot A :Itu sahaja jalan keluar yang kami ada.

Pemuda:Aku tidak seperti kalian,aku tidak berdosa.
Lelaki berkot A:Kau sama seperti kami,menentang kerajaan.
Pemuda:Diam!!Aku tak nak dengar lagi!Aku mahu berjumpa dengan ibu!

MASA:Waktu maghrib selepas azan.

Berusaha memanggil ibu yang sedang solat maghrib.Sekejap berada di kiri,sekejap di kanan.Cuba melintas di hadapan tempat sujud.Masih tidak diendahkan.Kuasa yang Maha Esa,si ibu terbuka hijab melihat anaknya yang sedang menangis.Air mata jatuh melinang sambil memanggil nama anaknya.Alangkah bersyukur pemuda itu apabila ibunya dapat melihatnya.

Pemuda:Ampunkan aku,ibu.Banyak dosaku terhadapmu sehingga tidak diterima bumi.

Si ibu segera memanggil kakak pemuda itu supaya melihat sendiri adiknya.Si kakak tadi bingung melihat reaksi ibunya.

Kakak:Tak nampak apa-apa pun?Mak,sudahlah,yang pergi biarkan pergi.Kita berdoa atas kesejahteraan dia disana.Sudahlah mak..sudah..

Si kakak memapah ibunya sambil menangis teresak-esak.

Si ibu dituduh gila oleh orang kampung kerana sering bercakap seorang diri.


Ringgg!!!!!!Ringgg!!!
"Wey,bangunla.Jom lepak ABC.

Tersedar dek panggilan telefon.Bangun dari tidur dan bersolat taubat.Kemudian lepak di ABC CORNER pekena teh tarik dengan kawan-kawan.

TAMMAT

No comments:

Post a Comment