Saturday, May 8, 2010

Untuk Mamaku



Bila aku kena penampar dengan guru besar
Sebab conteng dinding sekolah agama
Mama menyebelahi aku

Bila baju aku kotor
Sebab main longkang
Mama basuh baju aku

Bila tangan aku melecur
Sebab perasaan ingin tahu tentang lampu kalimantang
Mama letak minyak gamat pada tangan aku

Bila aku kena gantung sekolah
Sebab merokok dan pukul pondan sampai pengsan
Mama tak marah aku

Bila aku nak kena bar
Sebab banyak ponteng kuliah
Mama berdoa depan Kaabah untuk aku

Mama selalu menangis kerana aku
Mama pernah dipandang serong kerana aku
Mama tak pernah merungut dapat anak hiper-aktif macam aku

Dan kerana itu,
Aku dedikasikan Selamat Hari Ibu
Untuk Mamaku

3 comments:

  1. T.T
    Oh-oh... andai beliau mebaca-nye tentu terharu....
    n juga mungkin bru teringat serta trsedar akan ke-LIAR-an anaknye selama ini... Haha.. selamat brhiper-aktif...
    ~oh-oh last paper...

    ReplyDelete
  2. chett.sekarang dah matang.mana ada hiper aktif lg.kan?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete