Tuesday, May 25, 2010

Padang Besaq






Ini kali pertama aku ke Padang Besar yang bersempadan dengan tanah Siam.Perjalanan selama 40 minit dari
Arau,Perlis penuh dengan cerita kiri-kanan.Di awal perjalanan sahaja kami terserempak
dengan kemalangan motor yang meragut nyawa.Kemudian "backspace" di papan kekunci aku pula yang bermalfungsi.
Pulakkkkkkk!.Kilang simen semasa dalam perjalanan pula mengeluarkan bau tidak menyenangkan.Tup tap tup tap,
sampai juga kami ke Padang Besar.Kami singgah makan di sebuah kedai yang menghidangkan santapan wajib disini iaitu pulut ayam
berserta air nyiur(kelapa).Selepas makan pastinya makhluk seperti aku akan ke tandas untuk melepas.
Setelah selesai,aku berjalan-jalan sebentar di keliling bazaar di situ mencari jersi bola sepak kegemaran.
Sedang berjalan-jalan,aku lihat seorang kanak-kanak duduk dan menangis di tepi tangga.Bohong jika kalian
ternampak kanak-kanak dalam kondisi sedimikian kalian tidak akan melahirkan perasaan kasihan seorang manusia terhadap
manusia lain.Sedang aku menghulur sedikit wang kepada kanak-kanak itu,tiba-tiba seorang
wanita tua mencapai tangan kanak-kanak itu sambil berkata dengan muka tidak ada senangnya terhadap aku,
"Ini anak makciklah".Aku berlalu dengan muka tenang sambil bermonolog sendiri,"bodohla...".

Tersalah Sudah Tafsiranku Ini

1 comment: